Wednesday, 8 August 2012

Shila Amzah Berhijab


sedang asyik meng’online’kan diri, terjumpa pulak gambar sorang lagi artis yang telah
memakai tudung..Shila Amzah yang telah pun memakai tudung..Syukur Alhamdulillah, 
seorang lagi artis telah berhijab dan apa yang diketahui, Shila berhijab adalah atas dasar kehendak dirinya sendiri.
Berdasarkan sumber yang boleh dipercayai, pada mulanya Shila Amzah hanya memakai tudung dengan tujuan untuk menghormati bulan Ramadhan. Tetapi setelah 15 hari mengenakan tudung, Shila Amzah telah pun bertekad untuk memakai tudung sepenuhnya. Menurutnya juga, Shila telah pun bersedia dengan perubahan yang telah dilakukannya.
Apa pun, kita doakan yang terbaik untuk Shila Amzah di atas perubahan yang baru sahaja dilakukan. Selepas Irma Hasmie, Yatt, dan Diana Emir, kini giliran Shila Amzah pula. Semoga Ramadhan ini memberikan kita seribu keberkatan.

Tuesday, 7 August 2012

Azizul Hasni Awang Melangkah Ke Final - Olympic London 2012



  Langkah demi selangkah, Sampai pun ke final, itulah semangat juang yg dapat kita lihat dari pelumba negara kita anak jati Terengganu ini, Semangat juang nya memberi hasil kepada diri nya setelah layak berentap bersama pelumba-pelumba bertaraf dunia di final Keirin Lelaki di Olympic London 2012.

  Admin mengharap kan sebutir pingat boleh di bawa oleh zizul ke Malaysia, hehe tp Kalu x de rezeki pun tak ape, admin tetap menyokong Zizul dan atlit negara yang layak ke olympic hehe, Tu da membangga kan negara .


Monday, 6 August 2012

Lee Chong Wei terpaksa berpuas hati di tempat ke-2




    Olympic London 2012, Lee Chong Wei tewas lagi, itu lah keputusan yang harus kita terima apabila "HERO" kita Lee Chong Wei tewas lagi di tangan SuperDann (LinDan) yang merupakan musuh tradisi beliau. Lee Chong Wei tewas dengan keputusan 21-15 / 10-21 / 19-21 dan sah pingat Perak kepunyaan ChongWei dan Emas milik LinDan, hanya sedikit mata ditewaskan oleh lindan.SUMBER 

   Pandangan Admin, walaupun kalah, Lee Chong Wei tetap HERO di mata 28Juta Rakyat Malaysia, walaupun terpaksa Berputih mata dgn keputusan kalah tipis, LCW tetap kalah bermaruah. Kecewa sekejap je nati ok la balik, Bukan senang nak Roboh Tembok Besar China, Kalu Kecewa sebab tak dapat makan Baskin Robbins free tak pe, g kedai macik kt kawasan rumah tu beli eskem 20sen hehe.

Friday, 3 August 2012

Putus cinta telan 80 biji pil

                                   


ALOR GAJAH: Hanya kerana tidak dapat menerima hakikat cinta pertamanya terputus di tengah jalan, seorang remaja nekad menelan 80 pil darah tinggi milik ibunya di sebuah kampung dekat sini, Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, remaja berusia 18 tahun itu ditemui dengan mulut berbuih dan tidak bermaya oleh ibunya sebelum dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan bantuan.

Menurut sumber, remaja lelaki itu yang tinggal dengan ibu selepas kematian bapa sejak setahun lalu dipercayai menjalin hubungan cinta dengan seorang gadis berusia 19 tahun.
“Anak bongsu dua beradik itu dikatakan meminta wang belanja daripada ibunya setiap hari bagi menyara teman wanitanya itu.

“Malah, remaja lelaki itu dipercayai pernah mengherdik ibunya yang enggan memberi wang,” katanya, di sini, semalam.

Kata sumber itu, pada hari kejadian remaja lelaki terbabit berada seorang diri di rumah kerana ibunya berada di Pekan Alor Gajah atas urusan tertentu.
Menurutnya, dia dipercayai menelan kira-kira 80 biji pil sakit darah tinggi milik ibunya sebelum ditemui dalam keadaan tidak bermaya dan dikejarkan ke hospital. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Shaifuddin Shaharuddin, berkata siasatan awal mendapati, remaja itu dipercayai gagal dalam percintaan.

“Lelaki itu dipercayai menelan sekali gus kira-kira 80 biji pil darah tinggi milik ibunya sebelum ditemui dalam keadaan mulut berbuih oleh ibunya sendiri.
“Remaja itu dikejarkan ke Hospital Alor Gajah sebelum dirujuk ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. SUMBER